Friday, 27 July 2018

Muat Turun Logo Rasmi Hari Kebangsaan 2018

Muat Turun
1. Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 - Format MP3
2. Lirik Lagu Hari Kebangsaan 2018
2. Logo Hari Kebangsaan 2018
3. Logo Hari Kebangsaan 2018 (Hitam Putih)

PUTRAJAYA: Logo Hari Kebangsaan 2018 menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, logo itu membawa maksud warganegara yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara.

"Penggunaan warna-warna untuk logo Hari Kebangsaan yang dicipta Nik Zulkifli Nik Hitam adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.

"Logo ini akan digunakan sebagai logo rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’," katanya semasa sidang media Hari Kebangsaan 2018 di sini, hari ini.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sebelum ini menerima 632 idea bagi logo 'Sayangi Malaysiaku' untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018.

Antara yang menarik mengenai penyertaan logo itu adalah penglibatan seorang warga emas berusia 84 tahun manakala paling muda adalah pelajar sekolah berusia 15 tahun.

Turut diterima adalah penyertaan daripada lima orang kurang upaya (OKU), lapan warga emas dan 46 logo yang dicipta secara tulisan tangan.

Dalam pada itu Gobind memberitahu, pemilihan Putrajaya sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2018 pada 31 Ogos ini adalah amat signifikan bagi meraikan pemerintahan kerajaan baharu di negara ini.

Jelasnya, pemilihan Putrajaya yang merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan juga dibuat atas permintaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Seperti semua sedia maklum, tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah Sayangi Malaysiaku. Tema ini dipilih bagi merai dan mempertingkatkan lagi semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia.

"Oleh itu, semua warganegara harus membuktikan manifestasi kasih sayangnya kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh perasaan bangga mulai sekarang," katanya.

Selain logo turut dilancarkan lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk Kita Punya Malaysia yang berentak pop dan dicipta penyanyi Sam Bunkface.

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 akan dirasmikan Dr Mahathir pada 4 Ogos ini di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Sementara, Sabah pula dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan pada 16 September ini.

Muat Turun
1. Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 - Format MP3
2. Lirik Lagu Hari Kebangsaan 2018
2. Logo Hari Kebangsaan 2018
3. Logo Hari Kebangsaan 2018 (Hitam Putih)

Logo Hari Kebangsaan, Logo Hari Malaysia, Logo Hari Kebangsaan 2018, Logo Merdeka, Bulan Kemerdekaan, 

loading...

Google+ Followers