Monday, 30 July 2018

Muat Turun Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018


Muat Turun
1. Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 - Format MP3
2. Lirik Lagu Hari Kebangsaan 2018
2. Logo Hari Kebangsaan 2018
3. Logo Hari Kebangsaan 2018 (Hitam Putih)

KUMPULAN indie popular, Bunkface tampil dengan lagu terbaharu mereka, Kita Punya Malaysia, sebagai lagu tema untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan negara ke-61 kali ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, lagu tersebut dipilih daripada beberapa lagu penyanyi lain yang diterima untuk sambutan pada acara tersebut.

"Ia menjadi lagu rasmi kerajaan Pakatan Harapan untuk meraikan Hari Kemerdekaan pada tahun ini dan ia akan disiarkan di media rasmi di seluruh negara," katanya pada sidang media Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya, hari ini.
Menurutnya, lagu tersebut mempunyai elemen 'most catchy' dan berlainan yang turut menunjukkan kerajaan baharu mempunyai perubahan dan bertenaga.

"Dalam tempoh masa 5 tahun banyak perkara perlu dilakukan dan lagu ini menjadi medium yang sesuai," katanya.

Gobind turut menyatakan lagu patriotik terdahulu boleh terus dimainkan di stesen TV mahupun radio sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat negara ini.

Acara Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 akan diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang bermula 3 hingga 5 Ogos nanti.

Acara Kembara Merdeka Jalur Gemilang pula akan menjelajah ke seluruh negara, bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos sehingga tamat pada 31 Ogos nanti, ketika acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya.

Muat Turun
1. Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 - Format MP3
2. Lirik Lagu Hari Kebangsaan 2018
2. Logo Hari Kebangsaan 2018
3. Logo Hari Kebangsaan 2018 (Hitam Putih)


loading...

Google+ Followers