Tuesday, 10 July 2018

Muat Turun Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2018

PBD merupakan pentaksiran berterusan yang membolehkan guru mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid terhadap Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran.
Pentaksiran berterusan secara formatif dan sumatif dalam PBD ini merupakan tumpuan utama Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu wahana bagi memastikan perkembangan holistik dalam kalangan murid. Sehubungan itu, buku ini juga diharap dapat menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha memastikan kurikulum dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Buku panduan ini telah dikemaskini daripada terbitan yang terdahulu dan diharapkan dapat membantu guru dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), di samping memberi idea kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pentaksiran serta kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan.

Buku Panduan ini boleh dimuat turun di portal Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM atau muat turunnya di pautan dibawah.

Muat Turun: 
1. Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018
2. Manual Pengguna Template Pelaporan PBD Gabung 2018
Muat Turun: 
1. Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018
2. Manual Pengguna Template Pelaporan PBD Gabung 2018




loading...

Google+ Followers