Mansuhkan juga blazer, wescot & tali leher murid kata PAGE

07:30:00
PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) meminta pengilang menghasilkan kasut hitam pada harga mampu milik, selepas kerajaan memutuskan pelajar sekolah tidak perlu memakai kasut putih mulai tahun depan.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim menyifatkan langkah itu sebagai pembaharuan kerajaan baru.
“Bagus sebab pakai kasut putih selalu nampak kotor.

“Boleh jadi juga pelajar sekolah malas basuh kasut,” katanya kepada FMT.

Semalam, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, peraturan baru itu dibuat selepas beliau mendengar keluhan ibu bapa.

Sementara itu, Azimah berharap kerajaan memansuhkan pemakaian blazer, weskot dan tali leher untuk pelajar sekolah kerana ia tidak sesuai dengan iklam panas negara ini.


Beliau sebaliknya berharap kerajaan membenarkan pelajar berbaju batik di sekolah.

“Saya lihat menteri-menteri suka pakai batik dan saya rasa pelajar sekolah patut pakai baju batik di sekolah.

“Setiap sekolah ada batik sendiri,” katanya.

Batik pernah diiktiraf sebagai pakaian kebangsaan Malaysia dan kerajaan memperkenalkan pemakaian baju batik kepada penjawat awam pada hari pertama dan ke-15 setiap bulan, mulai 30 Jun 2005.

Kerajaan kemudian mewajibkan semua kakitangan awam lelaki memakai baju batik buatan Malaysia setiap Khamis, mulai pertengahan Januari 2008.

Sumber: Free Malaysia Today

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »