Ujian kecekapan bahasa Inggeris untuk penjawat tinggi awam

21:41:00
PETALING JAYA: Ujian kecekapan bahasa Inggeris akan dilaksanakan untuk penjawat tinggi awam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Bahasa Inggeris adalah penting dan mesti diamalkan oleh penjawat tinggi awam," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet pada Rabu.

Dr Mahathir berkata, adalah mustahak bagi penjawat tinggi awam untuk menguasai bahasa Inggeris yang baik kerana mereka mempunyai mesyuarat di luar negara.

Semasa sidang akhbar itu, Dr Mahathir juga menyebut bahawa kerajaan akan mengkaji pendidikan kokurikulum dari tadika ke peringkat universiti.

Pasukan petugas yang terdiri daripada pakar bukan kerajaan akan dibentuk untuk melihat sistem pendidikan negara-negara antarabangsa untuk mencari jalan supaya Malaysia dapat memperbaiki sistem pendidikannya.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »