Salah faham SKPMg2, KPM siar Kenyataan Media

11:39:00
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) mula dilaksanakan di semua sekolah seluruh negara pada bulan Mac 2017.

SKPMg2 adalah instrumen penilaian kendiri sekolah yang juga menjadi panduan pengurusan sekolah merangkumi bidang Kepimpinan dan Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid serta Pembelajaran & Pengajaran.

Bagi membimbing sekolah melaksanakan penilaian kendiri dengan betul dan menepati prosedur yang ditetapkan, JNJK melaksanakan audit SKPMg2. Audit ini merupakan elemen baharu dalam menentusahkan proses kerja penilaian kendiri yang dilaksanakan menepati prosedur yang ditetapkan.

KEKELIRUAN YANG TIMBUL:

1. TIDAK JELAS berkaitan dokumen yang perlu dibawa untuk diaudit. Evidens sepatutnya dibawa hanyalah merupakan dokumen pengurusan sedia ada terpilih sahaja.

2. TIDAK JELAS tentang evidens yang menyebabkan guru diminta menyediakan evidens baharu yang membebankan guru, sedangkan evidens yang diaudit hanyalah merupakan dokumen pengurusan sedia ada yang disediakan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Berikutan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyiarkan satu kenyataan media yang rasmi mengenai perkara di atas.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »