PPPM 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) akan dinilai semula - Dr. Maszlee

05:30:00
PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan akan melaksanakan penilaian pertengahan tahun terhadap program dan aktiviti yang telah dan sedang dirancang di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Menterinya, Maszlee Malik berkata sistem pendidikan baharu perlu berpaksikan kepada teknologi terkini di samping memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Pada masa yang sama, kata ahli Parlimen Simpang Renggam itu, sistem pendidikan baharu perlu berpaksikan kepada teknologi terkini di samping memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

“Ini adalah selari dengan hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mencapai stataus negara maju dengan memantapkan sistem pendidikan negara,” katanya ketika berucap di hadapan Warga Kementerian Pendidikan, sempena Majlis Suai Kenal, di bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi, di sini hari ini.

Maszlee yang merupakan Ahli Parlimen Simpang itu berkata, pelan itu merupakan satu dokumen asas yang memfokuskan keberhasilan bagi pihak berkepentingan dalam sistem pendidikan serta ekosistem pendidikan yang tinggi.

Katanya lagi, dokumen itu seiring dengan tanggungjawab Sektor Penddidikan Tinggi terhadap hala tuju dan masa depan graduan yang lengkap dalam pencapaian akademik di samping sahsiah diri yang tinggi.

Dr Maszlee berkata, seperti yang digariskan melalui manifesto Buku Harapan, bidang pendidikan merupakan teras terpenting bagi membina Malaysia yang inklusif, sederhana dan gemilang di persada dunia.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »