Friday, 1 June 2018

PM tuntut penjawat awam sokong jentera kerajaan

Foto via Utusan Online
KUALA LUMPUR 1 Jun - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendesak kakitangan awam yang pernah berkempen untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) supaya menyatakan sokongan mereka kepada pentadbiran kerajaan sedia ada.

Beliau berkata, ketika ini didapati ramai dalam kalangan pegawai kerajaan sama ada secara sukarela atau tidak, pernah mengambil bahagian semasa kempen PRU-14 BN dan hal itu membuatkan komitmen mereka terhadap kerajaan sedia ada adalah diragui.

Jelasnya, situasi itu menggangu fokus Pakatan Harapan untuk mentadbir dan memenuhi segala kandungan manifesto pilihan raya.

"Kita sangsi dengan mereka dan sama ada masih setia kepada parti yang lama atau kerajaan sedia ada.

“Ini memandangkan mereka terlibat secara mendalam dengan kempen-kempun PRU-14 BN yang sepatutnya mereka tidak terlibat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

Dr. Mahathir tidak dapat memberikan jumlah pegawai yang didakwa masih menyokong kerajaan BN, namun menganggarkan bilangannya adalah ramai.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap kakitangan terlibat tetapi menuntut mereka menyatakan kesetiaan kepada kerajaan Pakatan Harapan bagi melincinkan pentadbiran negara.

Sumber - UTUSAN ONLINE

loading...

Google+ Followers