Kerajaan potong elaun pegawai tinggi 10 peratus

14:47:00
Imej via Malaysiakini
Elaun keraian bagi pegawai tinggi kerajaan gred Jusa A ke atas dipotong 10 peratus berkuat kuasa Julai ini.

“Pemotongan elaun keraian pejawat awam (gred) Jusa ke atas akan dipotong 10 peratus.

“Ia sebagai langkah penjimatan kerajaan,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut mengumumkan bahawa pegawai tinggi kerajaan akan diwajibkan menjalani ujian kompetensi bahasa Inggeris.

“Kita berpendapat bahasa Inggeris amat penting dan perlu dikuasai oleh pegawai tinggi kerajaan.

Semua pegawai tinggi kerajaan perlu kuasai bahasa Inggeris dengan baik kerana (mereka) akan berrunding dengan pihak asing.

“Ujian kompetensi akan dilakukan,” katanya ringkas tanpa menghuraikan butirannya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Malaysia akan menghantar satu pasukan ke India untuk mengkaji program inovasi meningkatkan kecekapan sektor awam.

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »