Wednesday, 6 June 2018

Jawatankuasa kaji semula kurikulum negara diwujudkan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mewujudkan satu jawatankuasa bagi mengkaji semula kurikulum pendidikan negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada barisan pakar bukan kerajaan bagi menambah baik kurikulum bermula dari peringkat tadika sehingga universiti.

"Sebuah jawatankuasa yang meliputi pakar-pakar bukan kerajaan akan diwujudkan untuk menambah baik kurikulum pendidikan di peringkat tadika sehingga universiti.

"Ini termasuk mengambil kira kurikulum dari negara-negara luar dan turut meliputi aspek-aspek tertentu seperti kesedaran sivik dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Perdana Putra hari ini.
loading...

Google+ Followers