Wednesday, 30 May 2018

Kadar Bonus Aidilfitri Hanya Pada Yang Terpilih - PM

PUTRAJAYA 30 Mei - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bantuan khas raya RM400 kepada seluruh penjawat awam Gred 41 ke bawah dan RM200 kepada pesara kerajaan.

Beliau turut mengumumkan Bantuan Sara Hidup yang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1) akan mula disalurkan pada 6 Jun dengan kadar bantuan dikekalkan.

Ujar beliau lagi, harga minyak RON95 serta diesel akan dikekalkan namun minyak RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran.


“Esok, taklimat penuh akan dibuat oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Selain itu, Dr. Mahathir turut mengumumkan diskaun 50 peratus tol lebuh raya di seluruh negara bagi tempoh dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Dalam sidang akhbar sama, beliau turut memberi laluan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk mengumumkan Piala Dunia di Rusia akan disiarkan di RTM.

Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut sebentar tadi di dalam satu sidang media selepas mesyuarat kabinet hari ini.

loading...

Google+ Followers