Gaji Jemaah Menteri dipotong 10 peratus - PM

15:17:00
PUTRAJAYA 23 Mei - Mesyuarat Kabinet bersetuju untuk gaji asas semua jemaah Menteri dipotong sebanyak 10 peratus berkuatkuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemotongan gaji bagaimanapun tidak melibatkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

“Perkara pertama saya lakukan semasa dilantik Perdana Menteri tahun 1981 adalah memotong gaji menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

“Mereka (pegawai tinggi kerajaan) dibayar lebih baik dari menteri. Kalau mereka fikir untuk menyumbang dalam mengurangkan kos pentadbiran, mereka boleh melakukannya, tetapi kita tidak memaksa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kabinet pertama pentadbirannya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Sumber- UTUSAN ONLINE

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »