Wednesday, 11 April 2018

Sesi petang persekolahan 8 Mei ditangguh untuk persediaan PRU-14

Tags


PUTRAJAYA 10 April- Sesi persekolahan waktu petang pada 8 Mei ini bagi sekolah yang dijadikan pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perlu ditangguhkan.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr. Amin Senin dalam kenyataannya berkata, penangguhan itu bagi memberi laluan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)membuat persiapan.

Beliau berkata, sebanyak 6,941 sekolah yang dijadikan pusat mengundi juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPR dalam pelaksanaan PRU-14 pada 9 Mei ini.

“Penangguhan sesi persekolah waktu petang pada 8 Mei itu diberikan kepada sekolah yang dijadikan pusat mengundi bagi memberi laluan kepada SPR membuat persiapan untuk PRU-14,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

loading...

Google+ Followers