Sekolah ditutup, murid dan guru di Perak dijangkiti kudis hama

19:56:00
KAMPAR - Seramai 22 orang murid dan 11 orang guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Pekan di sini mengalami gatal-gatal dan bintik-bintik pada bahagian tangan serta kaki dipercayai akibat jangkitan kudis hama.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr. Hassan Merican berkata, hasil siasatan mendapati, jangkitan tersebut berpunca daripada bangkai tikus dan burung yang berada di bahagian atas siling blok sebuah bangunan sekolah tersebut.
Jelasnya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kampar telah menerima aduan mengenai jangkitan tersebut pada 12 Mac lalu.

"Bagaimanapun, masalah tersebut berulang pada awal bulan ini meskipun tindakan segera telah diambil oleh PKD Kampar.

"Sehubungan dengan itu, arahan penutupan satu blok bangunan sekolah tersebut telah dikeluarkan selama dua minggu bermula 5 hingga 19 April depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hassan, penutupan sekolah itu dilakukan mengikut Seksyen 18 (1)(c) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk kawalan penyakit dan supaya pembersihan lanjut dapat dijalankan oleh pihak sekolah.

Sumber - K! ONLINE

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »