Parlimen dibubarkan berkuatkuasa esok (7 April 2018)

12:40:00
PUTRAJAYA 6 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuatkuasa esok bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan dalam tempoh 60 hari.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, pembubaran Parlimen itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Perdana Menteri turut menasihatkan semua kerajaan-kerajaan negeri mengadap Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Terdahulu, Perdana Menteri dilihat memasuki Bangunan Perdana Putra di sini pada pukul 8.40 pagi ini bagi mempengerusikan mesyuarat Kabinet kali terakhir sebelum mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.

Beliau memasuki pintu rasmi utama yang selalu digunakan beliau untuk ke pejabat Perdana Menteri.

Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di bangunan tersebut pada pukul 8.35 pagi. - UTUSAN ONLINE


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »