Pesanan Menteri Pendidikan untuk guru propembangkang, 'jangan keterlaluan'

14:14:00
LABUAN - Guru yang menunjukkan sikap keterlaluan dan ekstrem dalam menunjukkan diri mereka propembangkang boleh dikenakan tindakan bergantung kepada keseriusan kes.

Demikian kara Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada pemberita di sini semalam selepas menghadiri Majlis Titian Kasih bersama warga pendidik bersempena lawatan kerja sehari di pulau bebas cukai itu.

Beliau berkata, guru seharusnya menyokong kerajaan dan bukan menunjukkan ‘sikap melampau’ dalam memperlihatkan mereka pro pembangkang yang jelas melanggar tata etika sebagai penjawat awam.

"Masih terdapat segelintir guru yang menunjukkan diri mereka di laman media sosial sebagai propembangkang secara keterlaluan yang sepatutnya tidak berlaku.

“Saya dah sebut berkali-kali bahawa guru (adalah anggota) dalam perkhidmatan awam… mereka harus ada kesedaran yang mereka itu sedang menggalas tugas sebagai penjawat awam iaitu sebagai guru,” katanya.

Beliau berharap guru yang terlibat menerima tegurannya itu.

Sumber: GPS Bestari
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »