Perlu ada alasan kukuh untuk pasang CCTV dalam bilik guru - NUTP

11:04:00
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini menjelaskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah adalah untuk tujuan keselamatan dan bukan memantau pergerakan guru, kata Setiausaha Agungnya Harry Tan Huat Hock.

Mengulas mengenai aduan daripada guru SK Sungai Penchala, di sini berhubung tindakan pihak pentadbir yang memasang CCTV di bilik guru, beliau berkata alat rakaman CCTV tidak wajar dipasang di bilik guru kerana ia boleh mengganggu privasi dan sensitiviti mereka.

"Justeru NUTP mendesak KPM membantu dan bertindak atas isu ini serta memastikan semua sekolah akur akan tujuan sebenar alat rakaman CCTV tersebut dipasang iaitu atas tujuan keselamatan sahaja," katanya dalam kenyataan.

NUTP baru-baru ini mencadangkan pemasangan CCTV di tempat awam dan tidak menceroboh privasi pelajar serta guru bagi memantau perbuatan jenayah serta mengawal keselamatan sekolah.


Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan dilaporkan sebagai berkata KPM sedang mengenal pasti sekolah berisiko tinggi yang memerlukan pemasangan CCTV bagi memantau perbuatan jenayah dan mengawal keselamatan sekolah. - BERNAMA


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »