Wednesday, 21 February 2018

Wajib latihan renang di sekolah, APM sedia kepakaran

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Ang­katan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersedia menyumbang tenaga pengajar sekiranya Kementerian Pendidikan mahu mewajibkan latihan renang di peringkat sekolah dan universiti berikutan statistik tragedi lemas dalam kala­ngan generasi muda yang tinggi saban tahun.

Ketua Pesuruhjaya­nya, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya berkata, pihaknya mempunyai ramai te­naga pengajar dalam bidang tersebut, namun Kementerian Pen­didikan perlu me­nyediakan kolam renang di setiap zon sekolah untuk memudahkan proses pembelajaran dilakukan.

“APM sendiri mempunyai sebuah akademi dan dua pusat latihan yang mempunyai kolam renang. Kita berbesar hati sekiranya pihak sekolah mahupun universiti mahu menggunakan kemudahan ini bagi membantu para pelajar menguasai kemahiran berenang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Kesatu­an Perkhidmatan Per­gu­ru­an Kebangsaan (NUTP) men­cadang­kan Kemen­te­rian Pendi­dikan me­­wajibkan setiap pelajar menjalani latihan berenang bagi mengelakkan tragedi lemas.

Dalam nada yang sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, kemahiran berenang amat penting untuk diterap­kan dalam kalangan generasi muda sebagai satu kemahiran survival ketika menjalankan aktiviti air.

Katanya, kemahiran tersebut perlu diajar sejak dari kecil dan dilakukan secara berterusan untuk memastikan generasi akan datang bersedia dengan sebarang situasi kecemasan ketika melakukan aktiviti air.

Sumber: Utusan Online

loading...

Google+ Followers