Friday, 9 February 2018

Pengunaan kad debit secara berperingkat di sekolah

Tags

MARANG 8 Feb. - Kementerian Pendidikan bercadang memperkenalkan penggunaan kad debit secara berperingkat kepada pelajar sekolah di negara ini.


Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ini adalah sebagai sebahagian daripada persediaan para pelajar menghadapi dunia teknologi digital yang semakin menyeluruh dalam kehidupan hari ini.


“Kita sedang memikirkan perkara ini. Mungkin sebagai permulaan kad debit boleh digunakan untuk membeli barangan di koperasi sekolah,” katanya.


Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan pecah tanah Pejabat Pendidikan Daerah Marang, di sini hari ini.


Pejabat setinggi tiga tingkat yang bakal turut dilengkapi dewan serbaguna dengan kos RM8.3 juta itu dijangka siap pada Julai 2019.


Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, A.Latiff Awang.

Sumber - UTUSAN ONLINE

loading...

Google+ Followers