Thursday, 1 February 2018

Pegawai JPN diugut hantar ke 'neraka'

Tags

Gambar hiasan
IPOH - Seorang pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri menerima surat berbaur ugutan meminta seorang pengetua sekolah ditukarkan di pejabatnya Khamis, minggu lalu.

Difahamkan pegawai terbabit menerima satu surat layang yang diposkan ke pejabatnya dan mendapati isi kandungan surat berbaur ugutan.

Kandungan surat itu menyatakan rasa tidak puas hati terhadap seorang pengetua di salah sebuah sekolah di Taiping dan meminta pengetua itu ditukarkan dalam tempoh terdekat.

Laporan dibuat di Balai Polis Taiping, semalam berikutan kandungan itu mengugut akan menghantar pegawai terbabit ke ‘neraka’ sekiranya tiada tindakan diambil berhubung penukaran itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan masih diteruskan.

Sumber: Sinar Harian

loading...

Google+ Followers