Saturday, 10 February 2018

Masih ada ibu bapa sanggup tipu pendapatan untuk RM100

Tags

Imej via Sinar Harian
RANTAU PANJANG – Masih ada ibu bapa mengisytiharkan jumlah pendapatan palsu semata-mata untuk mendapatkan bantuan awal persekolahan.

Ahli Jawatankuasa Umno Rantau Panjang, Mukhtar Mustafa berkata, walaupun bilangannya sangat kecil namun boleh menjejaskan kredibiliti ibu bapa sebagai penjaga.

"Mereka mempunyai kerjaya dengan pendapatan antara RM4,000 hingga RM30,000 sebulan, namun mengaku berpendapatan bawah RM3,000.

"Saya harap ibu bapa jujur dalam mengisytiharkan jumlah pendapatan keluarga tahun depan," katanya selepas menyampaikan bantuan Awal Persekolahan untuk 188 penerima di Sekolah Kebangsaan (SK) To’Deh, semalam.

Sekolah ini merupakan sekolah terakhir menerima bantuan awal persekolahan bernilai RM100.

Tahun ini, bantuan bagi meringankan perbelanjaan persekolahan yang ditanggung ibu bapa atau penjaga memberi manfaat kepada 12,858 murid berjumlah RM1.28 juta.

loading...

Google+ Followers