Thursday, 4 January 2018

Ramai belum faham cara pemilihan ke SBP

Tags

BAGAN SERAI: Masih ramai ibu bapa dan pelajar tidak mengetahui cara pemilihan ke sekolah berasrama penuh (SBP) yang bukan ditentukan semata-mata keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mat Lazim Idris, berkata disebabkan masih ada yang tidak peka terhadap perkara itu, timbul masalah berbangkit, malah isu kemasukan ke SBP juga viral di laman sosial.

Katanya, keputusan pemilihan pelajar ke SBP cukup berbeza.
loading...
"Seperti diterangkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin sebelum ini, pemilihan pelajar ke SBP kini tidak menitikberatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan semata-mata.

"Sebaliknya keputusan menyeluruh dari latar belakang seperti jasmani turut diambil kira seperti pengetahuan am, kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan intelektual (IQ), aspek kerohanian serta kemahiran sosial.

"Justeru, ingin saya menasihatkan agar masyarakat khususnya ibu bapa tidak lagi tertanya-tanya kenapa ada anak mereka yang cemerlang, tidak diserap masuk ke SBP," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan minggu pertama sesi persekolahan di Perak di Sekolah Kebangsaan Alor (SK) Pongsu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kerian, Abdul Wahid Ramli.

Sementara itu, Mat Lazim berkata, lawatan minggu pertama persekolahan dibuat bertujuan melihat sejauh mana pelaksanaan pengoperasian sekolah, termasuk setiap murid mempunyai kerusi, meja dan buku teks.

Katanya, berdasarkan pemantauan dan maklumat semua PPD, sekolah di Perak beroperasi dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Sumber: Bharian

Google+ Followers