Guru nyaris maut, kenderaan dibaling cangkul

11:46:00
PASIR MAS - Seorang guru nyaris maut selepas pacuan empat roda yang dipandunya terkena lemparan sebatang cangkul dalam kejadian di Kampung Apa-Apa, Gelang Mas di sini awal pagi tadi.

Kejadian jam 5.45 pagi itu, berlaku ketika mangsa Muhammad Naziree Osman,39, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai, Kuala Krai.

Menurutnya, dia masih lagi trauma dengan kejadian itu, namun lega kerana tiada sebarang kecederaan dialami.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dan ternampak dua lelaki yang tidak dikenali berdiri di tepi jalan.

"Salah seorang dari mereka telah membaling sebatang cangkul ke arah kereta mangsa menyebabkan cermin hadapan pecah," katanya.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Kejadian yang menimpa Muhammad Naziree mulai tular dilaman sosial selepas statusnya berkenaan kejadian tersebut dikongsi oleh orang ramai.

Sumber: Sinar Harian

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »