Gubal semula buku teks import - iGuru

21:06:00
SEREMBAN - Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) meminta Kementerian Pendidikan menerusi Bahagian Pengembangan Kurikulum menggubal semula buku teks Bahasa Inggeris supaya bersesuaian dengan budaya tempatan dan bercirikan negara.

Presidennya, Mohd Azizie Hassan berkata, kandungan buku teks berkenaan dilihat tidak bersesuaian dengan budaya dan adat resam masyarakat tempatan.



loading...
Malah, katanya, ia tidak menggambarkan kemajmukan budaya, agama serta kaum di negara ini.

“iGuru bimbang generasi pelajar akan hilang semangat patriotisme dan menerima budaya baru yang diimport dari luar terutama anak-anak yang masih di peringkat sekolah rendah.

“Ini secara tidak langsung boleh menghakis jati diri pelajar tersebut untuk mencintai negara dan budaya sendiri,” katanya di sini, semalam sebagai mengulas isu buku teks Bahasa Inggeris yang menggunakan standard Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR).

Menurut beliau, contoh yang paling ketara ialah perayaan Hallowen, Easter, penggunaan nama, watak dan lokasi serta ilustrasi monster yang tidak bersesuaian budaya masyarakat negara ini.

Antara isi kandungan buku teks Bahasa Inggeris yang bertentangan dengan budaya masyarakat negara ini.

“Kandungan haruslah berpandukan kepada nilai dan budaya negara agar mudah difahami kerana ia adalah dapat dilihat setiap hari.

“Kementerian boleh mengambil konsep CEFR tetapi perlu sesuaikan penggubalan buku teks tersebut mengikut realiti kehidupan di negara ini,” katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »