Thursday, 21 December 2017

Selesai tolong Cikgu Azizan, jom bantu pelajar pula - Timbalan Mufti

Imej via FB Nor Azamir Alias
SEREMBAN - "Syukur... Kebanyakkan kita dah berjaya bantu Cikgu Azizan. Nah, sekarang jom kita bantu pelajar itu pula...kan baru adil.”

Itu saranan Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias yang disampaikan menerusi status yang dimuat turun di laman Facebooknya semalam selepas Mahkamah Masjistret Seremban membuat keputusan melepaskan tanpa membebaskan Azizan Manap atas pertuduhan mencederakan muridnya April lalu.

Menurutnya, pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah tampil membantu guru berkenaan.

"Sekarang siapa pula yang nak tolong pelajar itu. Jom fikir.

loading...
"Kita berhak untuk tidak setuju dengan sesiapa, tapi kita tak berhak untuk menghina sesiapa sama ada pihak guru atau bapa," katanya lagi.

Pada masa sama beliau turut berkata, tanggungjawab penjaga bukan sekadar menghantar anak-anak ke sekolah, tetapi memastikan yang mereka betul-betul bersedia pergi ke sekolah.

Azizan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di hadapan tapak perhimpunan sekolah terbabit pada jam 7 pagi, 6 April lalu.




Google+ Followers