Monday, 4 December 2017

Sekolah di Sarawak akan bercuti lebih panjang

Imej via pressreader
Masyarakat Dayak di Sarawak tidak perlu gusar berkenaan cuti persekolahan selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan permohonan cuti perayaan Hari Gawai Dayak 2018 lapor Utusan Borneo.

Berita tersebut diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Micheal Mayin pada sidang media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu.

Beliau turut menjelaskan sekolah Sarawak akan bercuti dari 28 Mei hingga 24 Jun 2018 yang membabitkan cutu Gawai Dayak, cuti ganti, cuti pertengahan tahun dan Cuti Hari Raya Aidilfitri.

Sumber: Utusan Borneo / Press Reader


loading...

Google+ Followers