Panduan Penulisan Aktiviti Dalam RPH PAK 21

21:03:00
Imej via FB SISC Azura

Salah satu perkongsian di dalam BENGKEL PENATARAN PAK21 untuk PENGETUA dan GURU BESAR WILAYAH KERAMAT, SK Seri Bonus, 4 - 6 Disember 2017 oleh SISC+ Azura adalah penulisan RPH PAK21

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mestilah terjemahan daripada Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT). RPH berdasarkan SPI Bil. 3/1999 harus mengandungi:

i. OBJEKTIF
ii. Cara untuk mencapai objektif (AKTIVITI)
iii. Kenyataan sejauh mana objektif tercapai (REFLEKSI)

RPH PAK21 masih berpandukan SPI tersebut.

Di sini beliau kongsikan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam PENULISAN AKTIVITI.

AKTIVITI yang ditulis mesti:

1. MENEPATI KEHENDAK SP/HPK YANG DIPILIH.
SP/HPK yang dipilih akan membentuk objektif yang perlu dicapai oleh setiap murid di dalam kelas.

2. SELARAS DENGAN OBJEKTIF YANG DIRANCANG.
Aktiviti yang dirancang harus membawa murid mencapai objektif yang dirancang.

3. PENULISAN MESTI BERMULA DENGAN PERKATAAN MURID atau dalam bahasa mudah ayat pasif.
Contoh:
Murid dipertontonkan tayangan video pendek berkaitan seorang ibu mengajar anaknya menyelesaikan masalah sendiri.

4. PENTAKSIRAN YANG DIRANCANG, iaitu BAND/TAHAP PENGUASAAN DICATATKAN DI DALAM KURUNGAN pada bahagian aktiviti yang menunjukkan pentaksiran berlaku.
Contoh:
Secara berkumpulan, murid berbincang dan bertukar-tukar pandangan tentang amalan kejiranan yang terdapat dalam cerita yang dipertontonkan berserta faedahnya melalui aktiviti Talking Chip. Penilaian rakan dibuat bagi kesantunan bahasa yang digunakan dalam perbincangan. (DT* - TP4)
* DT bermaksud kemahiran dengar tutur

5. AKTIVITI PAK21 dan ELEMEN KBAT PERLU ADA dalam penulisan aktiviti.
Contoh:
Murid melaksanakan aktiviti Stray Stay untuk berkongsi hasil perbincangan dengan rakan kumpulan lain.

6. KAEDAH YANG DIGUNAKAN HARUS SESUAI dengan aktiviti.
Contoh:
Jika merancang aktiviti berpasangan, pembentangan tidak sesuai menggunakan kaedah Stray Stay.
ATAU
Melaksanakan aktiviti yang lebih kurang sama seperti melaksanakan aktiviti Flying Carpet untuk semakan kemudian melaksanakan Gallery Walk untuk perkongsian. Lebih baik, dilaksanakan aktiviti Gallery Walk dan murid diminta menyemak jawapan rakan dan memberikan penghargaan pada setiap kumpulan.

Hak cipta terpelihara Sisc Azura

BACA JUGA: 
1. 90 AKTIVITI UNTUK PAK21
2. CONTOH RPH PAK21 SUBJEK TERPILIH

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »