Kerajaan tambah baik skim pencen, benar lebih GCR sebagai Cuti Rehat

22:13:00
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017, Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan bagi membenarkan GCR yang dikumpul melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

GCR bagi pegawai pegawai berpencen Perkhidmatan Awam Persekutuan  diperuntukan  di bawah Peraturan 21, Peraturan-peraturan Pencen 1980, iaitu sebagai satu faedah di bawah Akta Pencen 1980 (Akta 227).
loading...
Berdasarkan peraturan semasa, GCR yang dikumpul melebihi 150 hari tidak akan diambil kira bayaran untuk bayaran award wang tunai apabila pegawai bersara. Sebagai penambaikan kerajaan telah bersetuju membenarkan GCR melebihi 150 hari digunakan sebagai Cuti Rehat pada tahun persaraan.

Bagi maksud ini, tahun persaraan adalah dikira 12 bulan sebelum tarikh persaraan pegawai.

Muat Turun: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017, Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »