Kebenaran Pulang Awal Sejam Untuk Penjawat Awam Hamil Tahun 2018 Ikut Pekeliling

21:18:00

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kebenaran pulang awal satu jam daripada masa bekerja biasa bagi pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas serta dipanjangkan kepada suami yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam dan bekerja di lokasi yang berdekatan.

Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap pegawai wanita dalam Perkhidmatan Awam. Pada masa ini, pegawai wanita telah diberikan kemudahan Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak.

Muat Turun :Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017

Selaras dengan keprihatinan berterusan terhadap pegawai wanita, Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan satu lagi inisiatif iaitu memberi kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas. 

Kemudahan ini diberi demi kebajikan dan keselamatan pegawai wanita.

Muat Turun :Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017
loading...


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »