Saturday, 2 December 2017

Jangan sewenang-wenang fitnah guru - Mahdzir

Beberapa minggu kebelakangan ini kecoh pasal fitnah seorang netizen terhadap sebuah sekolah yang mengadakan majlis akhir tahun di sebuah hotel. Pelbagai komen dilemparkan terutama daripada pihak guru sendiri yang terluka dengan tuduhan berkenaan.

Pada hari ini, Menteri Pendidikan sendiri memuatnaik satu kenyataan memberi amaran kepada netizen yang sering melempar fitnah terhadap golongan guru.

Beliau menulis:

Saya ingin mengingatkan masyarakat atau netizen agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan tuduhan tidak berasas atau melemparkan fitnah ke atas guru-guru di sekolah.

Selidik sesuatu perkara itu terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa dakwaan.

Saya dimaklumkan bahawa pihak guru di SK Bandar Seri Putra mengumpul dana dalam kalangan guru-guru sendiri untuk menganjurkan majlis tersebut.

Daripada sudut pandangan saya yang lain, guru-guru wajar dirai hasil jasa dan pengorbanan mereka setelah bertungkus lumus sepanjang tahun memberi didikan yang terbaik demi kejayaan anak-anak murid.

Penghargaan pula tidak terhad hanya pada Hari Guru sahaja dengan inisatif pelbagai pihak dengan pelbagai cara dan kaedah.

#SayangiGuruAnda
#GuruPembinaNegaraBangsa

~ Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyalurkan info melalui komen dan saluran media sosial yang lain. Semalam banyak komen berkaitan #PIBG ~

loading...

Google+ Followers