Sunday, 3 December 2017

Aktiviti solat berjemaah juga sebahagian daripada PdPc - KPM

Imej via Bharian
Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengeluarkan satu kenyataan media melalui laman Facebook rasminya berkenaan isu arahan mewajibkan solat Zohor berjemaah oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang beberapa hari yang lalu.

Kenyataan tersebut menegaskan bahawa aktiviti amali solat adalah bertujuan murid-murid menghayati atau mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam PdPc.

Selain itu juga pihak PPD dan JPN berperanan memantau dan memberi nasihat kepada pihak sekolah untuk memastikan pelaksanaan aktiviti amali ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Kenyataan ini menafikan pendapat sesetengah pihak yang dilihat cuba menangguk di air keruh dengan membuat tuduhan yang negatif terhadap isu tersebut.






loading...

Google+ Followers