Wednesday, 22 November 2017

Sistem penjawatan sektor awam perlu dirombak

Imej via Antarapos
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Sistem penjawatan sektor awam yang disifatkan sudah lapuk perlu dirombak dengan segera bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Timbalan Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Kamaruddin M. Said berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) perlu melihat semula struktur kerjaya negara yang masih mengikut era 1960-an.

“SPA perlu mengubah dengan memberi daya tarikan baharu kepada graduan STEM dengan memberi ganjaran yang menarik.

“Secara rasionalnya, tidak ada orang di dunia ini yang bersedia untuk menyusahkan diri untuk merebut pekerjaan yang tidak memberi sebarang ganjaran yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Kebangsaan STEM Majlis Profesor Negara di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau dan Pengerusi MPN, Tan Sri Prof. Zakri Abd. Hamid.

Sumber- UTUSAN ONLINE


loading...

Google+ Followers