Friday, 3 November 2017

Sekolah Tertua Asia Tenggara Di P. Pinang Akan Ditutup

Tags

Imej via The Star Online
GEORGE TOWN: Tiga sekolah termasuk convent yang tertua di Asia Tenggara yang terletak di bandaraya ini akan ditutup tidak lama lagi.

Tapak bangunan Sekolah Menengah Convent Lebuh Light, sekolah rendahnya dan Sekolah Convent Pulau Tikus bukan milik Kementerian Pendidikan.

Pemegang amanah pemilik tanah berkenaan Sekretariat Wilayah Sisters of Infant Jesus, telah memaklumkan Jabatan Pendidikan negeri berhubung keputusannya untuk mengambil balik tanah berkenaan.

Menerusi surat yang dikirimkan pada Rabu, jabatan itu telah memberitahu pengetua dan guru besar terlibat bahawa proses untuk menutup sekolah itu telah bermula.

Sehubungan itu, sekolah itu tidak akan melakukan pengambilan pelajar baru untuk sesi persekolahan tahun depan.
loading...
Imej via The Star Online
Convent Lebuh Light adalah sekolah tertua di rantau ini apabila mula beroperasi pada 1852, manakala Convent Pulau Tikus pula pada awal 1900an.

Setakat ini, pemegang amanah terlibat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Antara spekulasi yang tersebar adalah, bangunan berkenaan akan dijadikan sekolah antarabangsa swasta atau tanah berkenaan dijual kepada pemaju.

Sumber: mStar Online

Google+ Followers