Tuesday, 21 November 2017

Sekolah akan kendali PT3 sepenuhnya tahun hadapan

Tags

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan bercadang memberi kuasa kepada sekolah untuk melaksanakan sepenuhnya Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), tahun depan.

Ketika ini, Lembaga Peperiksaan menggubal soalan PT3 yang dipanggil soalan berpusat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata cadangan itu berdasarkan kajian yang mendapati Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana tumpuan terlalu diberikan kepada pencapaian akademik.

Katanya, cadangan itu diharap dapat membantu guru untuk menyediakan pelan pembelajaran individu, sekali gus menjayakan pembangunan kemenjadian pelajar.

"PT3 bukanlah peperiksaan yang mengeluarkan sijil seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun soalan bagi setiap mata pelajaran disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

"Kementerian sedang menjalankan satu kajian bagi mencadangkan supaya peperiksaan ini diserahkan kepada sekolah untuk melaksanakan PT3 dan tiada lagi soalan berpusat," katanya ketika ditemui selepas taklimat media, di sini hari ini.

PT3 diperkenalkan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selaras dengan pelaksanaan PBS, bertujuan mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan.


loading...

Google+ Followers