Sunday, 5 November 2017

Penggunaan Pelbagai Ujian Untuk Iktiraf Penguasaan Bahasa Inggeris Guru Opsyen Di Bawah CEFR


Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2017 telah dikeluarkan bertujuan memaklumkan penggunaan pelbagai ujian Bahasa Inggeris berdasarkan piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) sebagai pengiktirafan tahap penguasaan guru dan pensyarah opsyen Bahasa Inggeris

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan tahap penguasaan guru opsyen Bahasa Inggeris pada CEFR Band C1. Menjelang tahun 2025, semua guru opsyen Bahasa Inggeris mesti berada pada tahap penguasaan yang telah ditetapkan bagi memacu tranformasi pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia secara sistematik, sistematik dan strategik dari peringkat prasekolah hingga ke universiti temasuk institut pendidikan guru (IPG).

Ujian Cambridge Placement Test (CPT) digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dan pensyarah opsyen Bahasa Inggeris pada tahun 2012 dan ujian Aptis digunakan mulai tahun 2013 bagi menggantikan ujian tersebut.

Bermula 2017, guru dan pensyarah opsyen Bahasa Inggeris boleh memilih ujian Bahasa Inggeris yang telah dijajarkan dengan CEFR bagi menguji tahap penguasaan masing-masing.

BAGAIMANAKAH PELAKSANAANNYA?

Guru dan pensyarah opsyen Bahasa Inggeris perlu:

1. Merujuk ujian-ujian yang telah dijajarkan dengan CEFR dalam laman sesawang KPM dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat tentang ujian-ujian tersebut;
2. Mendapatkan kebenaran ketua jabatan untuk menduduki ujian pada hari dan masa yang ditetapkan dengan merujuk pekeliling yang berkuatkuasa;
3. Mendapaftar dengan service provider ujian mengikut jadual yang telah ditetapkan dan segala perbelanjaan di bawah tanggungan sendiri;
4. Melaporkan pencapaian ujian Bahasa Inggeris kepada ketua jabatan masing-masing

JENIS-JENIS UJIAN YANG DIIKTIRAF

Muat turun: Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2017


loading...

Google+ Followers