Thursday, 16 November 2017

Pendidikan Seks Sudah Diajar Dalam Subjek PEERS - Mahdzir

16 NOV: Pendidikan seks telah telah lama diwujudkan di sekolah-sekolah seluruh negara menerusi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) sejak tahun 1989.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PEERS telah digubal dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan tahap perkembangan kolektif dan mengikut kesesuaian umur.

“Pendidikan seks tidak dikenali secara langsung tetapi dipanggil PEERS yang telah dilaksanakan di sekolah menengah pada tahun 1989, dan sekolah rendah pada 1994,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, pada Khamis

Menurutnya, selain pendidikan mengenai PEERS, kurikulumnya turut melibatkan pendidikan mengenai permakanan dan pertolongan cemas yang dapat meningkatkan kesedaran dan membantu pelajar memperolehi kemahiran dalam membuat keputusan tepat, bijak dan bertangungjawab.

“PEERS membantu pelajar memperolehi kemahiran dalam membuat keputusan tepat, bijak dan bertanggujawab dalam membentuk generasi muda sihat,sejahtera, berakhlak dan mengelak daripada unsur negatif dalam masyarakat.

“Sukatan pelajaran PEERS akan disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa termasuklah hal yang berkaitan dengan komunikasi penggunaan teknologi siber dewasa ini,” jelas Ahli Parlimen Padang Terap itu.

Tambahnya lagi, Kementerian Pendidikan telah mempertingkatkan kualiti kurikulum untuk membantu para pelajar menangani unsur-unsur negatif seperti gejala sosial yang berlaku di sekeliling mereka.

“Bukan sahaja pada mata pelajaran Pendidikan Islam, Kementerian telah memberi penekanan kepada semua mata pelajaran dalam hal berkaitan tanggunjawab individu dalam menangani perkara yang negatif.

“Guru di sekolah juga memberi penekanan dalam soal disiplin dan menjauhkan perkara yang bermasalah.

“Kita memandang serius perkara yang boleh mencetuskan masalah seperti masalah sosial, disiplin, dadah, buli dan gengsterisme,” jelasnya lagi.


loading...

Google+ Followers