Saturday, 11 November 2017

Pelajar sedang duduki SPM curi telefon bimbit guru

Tags

KUANTAN - Tidak peduli walaupun masih dalam tempoh peperiksaan SPM, seorang pelajar di sebuah sekolah menengah, di sini, ditangkap selepas mencuri telefon bimbit seorang guru.

Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari hingga 1 petang kelmarin, guru berkenaan sedang menjaga kedai koperasi sekolah sebelum didatangi pelajar berkenaan yang mahu membeli air.

Guru yang hanya mahu dikenali sebagai Zahida itu berkata, telefon bimbitnya diletak di atas meja sebelah kaunter dan percaya ia diambil ketika dia pergi mengambil air dalam peti sejuk.

Atas rasa simpati kepada calon SPM itu, dia turut tolong membayarkan untuk air yang dibeli dan belanjanya kuih.

“Dalam jam 1 petang saya nak pergi ke surau untuk sembahyang tapi rasa beg ringan, baru teringatkan telefon bimbit, bila periksa tengok tiada, pergi semula kedai koperasi tengok atas meja pun tiada.

“Cuba telefon tak dapat dan cikgu lain tolong cari pun tak jumpa. Lepas itu saya ingat dia (pelajar) seorang je masuk kedai, jadi saya dan beberapa guru lain pergi ke rumahnya sebab sebelum keluar kedai dia ada cakap nak balik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, hanya emaknya yang ada di rumah dan memberitahu bahawa anaknya belum pulang.

“Kami pergi sekolah semula dan ketika sampai ada cikgu lelaki dapat tangkap dia di sekolah, dia lari tapi tetap dapat tangkap.

“Mulanya dia tak mengaku tapi lepas ugut buat laporan polis baru dia mengaku,” katanya.

Guru itu berkata, semua fail dalam telefon bimbitnya telah dipadamkan dan kad sim juga telah dibuangnya.

Namun begitu guru itu melepaskan pelajar berkenaan tanpa membuat laporan polis atas rasa simpati kerana dia masih menduduki peperiksaan.

Sumber: Sinar Harian

loading...

Google+ Followers