Tuesday, 28 November 2017

'Paling celaka, dia fitnah kata guru pau duit anak-anak dia'

Tags

Akhir tahun, biasanya mana-mana sekolah akan buat jamuan akhir tahun. Bukan setakat jamuan murid, bahkan jamuan guru.

Jamuan akhir tahun guru-guru biasanya gah dan gempak-lah. Buat di hotel besar siap pakaian bertema bagai lagi. Hal sebegini, guru-guru akan kongsi di fb masing-masing.

Biasalah, majlis yang glem lagi meriah, simpanlah di muka buku buat kenangan dan tatapan rakan-rakan. Tapi yang tak bestnya, ramai kaki dengki dengan golongan cikgu ni.

Aku ada terbaca beberapa hantaran yang tak puas hati bila cikgu buat sambutan begitu. Gedik kata mereka. Baik habiskan duit bayar yuran murid miskin. Paling celaka, dia fitnah kata guru pau duit anak-anak dia. Dia kata ambil dana PIBG hasil kutipan dari murid sekolah.

Ramai pula yang komen memaki hamun perbuatan makan duit PIBG itu. Dah pakat pandang serong dan mula buat cerita lain pula.

Padahal itu FITNAH besar pada golongan pendidik.

Habis tu cikgu-cikgu ambil duit kat mana sewa hotel dan jamuan gah sebegitu rupa?

Kau nak tahu sangat kan? Baik. Aku cerita malam ni.

Setiap bulan, Kelab Guru akan kutip yuran dari cikgu-cikgu tahu tak? Yuran antara RM10-RM50. Katakan sebulan RM30 seorang guru, 11 bulan dan RM330.

Kalau cikgu sekolah tu ada 100 orang, darablah dengan RM330 tu. Tak ke ada 33k dah duit. Duit tu la kami buat jamuan besar-besaran.

Selain itu, Kelab Guru juga turun naik syarikat-syarikat dan pasaraya untuk dapatkan sponsor. Belum kira Kelab Guru berniaga air, makanan dan sebagainya pada Hari Sukan Sekolah dan sebagainya lagi.

Boleh pula kau fitnah cikgu-cikgu ambil duit yuran anak kau.

Malah, saban tahun sekolah buat Hari Karnival. Semua guru sepenuh hati menjayakannya. Bersekang mata, datang siang malam untuk menyiapkan bahagian masing-masing.

Keuntungan hasil titik peluh cikgu berhari-hari untuk menjayakan Hari Karnival saban tahun ini disalurkan pula ke akaun PIBG sekolah.

Bukan cikgu yang ambil duit PIBG, bahkan cikgu yang sumbang pula pada PIBG.

Cerita duit poket cikgu setiap hari habiskan untuk murid tak perlu aku tulis-lah. Kau bukan nak tahu dan ambil tahu sangat pun. Kau hanya intai peluang untuk mencari salah dan menabur fitnah.

Itulah, mesyuarat PIBG tak nak datang. Lepas tu mula buat tuduhan rambang. Bercakap berlagak suci. Pandai betul membuat cerita dan menyebarkan fitnah.

Dah la diri sendiri tak ada apa jasa dan sumbangan pada sekolah. Kalau duduk diam-diam tahan lagi. Ini siap tabur fitnah pula.

Orang macam ni elok hantar pergi Israel. Pergi kawan dengan Yahudi sana. Hmmm.

#MFS



loading...

Google+ Followers