Wednesday, 15 November 2017

KPM minta ambil perhatian isu majlis graduasi sekolah mahal

Gambar hiasan via SMK Pujut

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Kementerian Pendidikan mengarahkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah untuk mengambil perhatian berkenaan isu trend penganjuran majlis graduasi sekolah yang dikatakan terlalu mewah dan menelan belanja yang besar.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, meskipun kurang 10 peratus sekolah yang terlibat dengan penganjuran majlis graduasi di hotel-hotel mewah, perkara tersebut perlu diambil perhatian supaya tiada pihak yang terbeban.

"Kementerian tiada kuasa untuk melarang kerana ini adalah hasil perbincangan antara PIBG dan pihak sekolah itu sendiri.

"Saya sarankan supaya sebelum menganjurkan apa-apa majlis, PIBG perlu suarakan jika ada yang tidak berpuas hati dengan cadangan penganjuran yang dibuat secara berlebih-lebihan kerana kementerian tidak pernah menetapkan untuk menganjurkan majlis di tempat-tempat tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kepimpinan Bett Asia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE




loading...

Google+ Followers