Sunday, 19 November 2017

Keputusan UPSR, PT3 tiada pengumuman rasmi

Imej via Utusan Online
MARANG 19 Nov. - Jabatan Pendidikan negeri tidak akan mengadakan pengumuman rasmi berhubung keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi seluruh sekolah di negeri ini sebagaimana lazimnya setiap tahun.

Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin ketika mengesahkan perkara itu berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan sebagai satu transformasi baharu selain mengurangkan tekanan kepada guru pelajar dan masyarakat apabila perincian keputusan dijadikan perbandingan.


Selain peperiksaan awam di peringkat rendah dan menengah rendah itu, jelasnya, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan secara rasmi kepada media sebagaimana biasa.


“Maknanya, pihak jabatan pengarah tidak lagi mengumumkan secara rasmi mengenai keputusan UPSR dan juga PT3 tidak lama lagi sebagaimana kita lakukan sebelum ini dengan mengadakan sidang akhbar,” katanya.


Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2017 di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Alias Talib.

Sumber-UTUSAN ONLINE


loading...

Google+ Followers