Wednesday, 8 November 2017

Isu murid lemah KBAT boleh selesai tahun depan - NUTP

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sistem 'Pembelajaran Abad ke-21' yang bermula tahun depan akan membolehkan guru lebih fokus kepada usaha meningkatkan daya berfikir murid-murid dan bukannya kepada teknik menjawab soalan peperiksaan semata-mata.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Kamarozaman Abd. Razak berkata ketika ini para guru masih perlu memberi fokus kepada peperiksaan murid menyebabkan proses pembelajaran lebih bersifat 'content oriented'.

"Bermula tahun depan kita akan memberi fokus kepada sistem Pembelajaran Abad ke-21 yang membolehkan guru memberi tumpuan untuk mengasah pemikiran murid-murid.

"Jadi amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) tidak lagi perlu dinilai melalui peperiksaan semata-mata,” katanya dalam satu temu ramah bersama Astro AWANI di sini, hari ini.
loading...
Tambahnya, 'Pembelajaran Abad ke-21' juga akan membantu guru membina perwatakan murid yang lebih berketrampilan.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata 60 peratus sekolah yang dinilai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti mempunyai masalah dalam penilaian KBAT.

Ia mewakili 169 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Sumber: Astro Awani



Google+ Followers