Wednesday, 22 November 2017

Guru perlu pastikan pelajar berisiko cicir kekal hingga tamat sekolah

Tags

KUALA LUMPUR - Guru perlu memastikan pelajar berisiko cicir supaya kekal bersekolah sehingga tamat pengajian di tingkatan lima.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata, pihak kementerian telah pun menyediakan garis panduan bagi membantu guru memastikan pelajar kekal bersekolah.

"Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan inisiatif khusus dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Peningkatan Akses daripada peringkat Prasekolah hingga Menengah Atas.

"Pihak kementerian telah pun menyediakan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko bagi membendung masalah terbabit," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika dituntut Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) menyatakan jumlah pelajar keciciran daripada sekolah rendah hingga menengah di seluruh negara sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Menurut Kamalanathan lagi, peratus keciciran murid sekolah rendah di Semenanjung Malaysia adalah antara 0.26 hingga 0.74 peratus bagi 2014 hingga 2016.

Kadar di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan antara 0.05 hingga 0.10 peratus.

Keciciran murid sekolah menengah bagi tahun sama pula mencatatkan purata 1.09 hingga 3.59 peratus di Semenanjung Malaysia.

Peratus keciciran murid sekolah rendah di Semenanjung Malaysia ialah antara 0.26 hingga 0.74 peratus bagi 2014 hingga 2016.

"Kadar Di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan antara 0.05 hingga 0.10 peratus.

"Keciciran murid sekolah menengah bagi tahun sama pula mencatatkan purata 1.09 hingga 3.59 peratus di Semenanjung Malaysia," katanya lagi.



loading...

Google+ Followers