Wednesday, 15 November 2017

Foto viral fitnah Menteri Pendidikan akhirnya diperjelas

Tags

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya menyelar sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu berhubung penyebaran gambar Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang turun padang melawat sekolah ditenggelami banjir baru-baru ini.

Beliau berkata, gambar yang tular di media sosial kononnya Menteri berjalan di atas meja yang disediakan khas di perkarangan sekolah untuk mengelak banjir adalah tidak benar.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang mengiring Menteri Pendidikan ke sekolah berkenaan ingin memaklumkan bahawa meja yang digunakan oleh Menteri telah disediakan untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan guru-guru bertugas beberapa hari sebelum itu.
Imej via Berita Harian
Imej via Malaysia Gazette
“Saya sendiri telah melawat sekolah tersebut ketika banjir sedang teruk hampir paras peha, maka pihak sekolah mengambil inisiatif menyusun meja untuk pelajarnya terlebih awal dari itu dan bukan untuk Menteri.

“Ketika Menteri sampai air masih di atas paras lutut dan kebetulan meja itu dah terletak di situ beberapa hari sebelumnya.

“Pada saya, orang yang membuat komen menghentam Menteri amat berdosa kerana memfitnah, walhal beliau sendiri tiada di tempat berkenaan dan membuat ulasan dari hati yang hanyir,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Watan-Online


loading...

Google+ Followers