Thursday, 14 December 2017

Fahami Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)

PELAPORAN Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 yang diumumkan pada 23 November lalu adalah satu lagi pencapaian dalam transformasi pendidikan negara di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.


Kali ini di media tidak ada lagi paparan sekolah mana yang mendapat bilangan 6A paling ramai, mahupun daerah mana yang mencatat peratus kelulusan tertinggi, kerana Kementerian Pendidikan tidak lagi mengumumkan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata, tetapi bersekali dengan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PPSR) untuk murid berkeperluan khas juga telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin.


Sebenarnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini bukanlah amalan baharu dalam sistem pendidikan negara kerana telah diperkenalkan sejak tahun 2011 lagi bagi mentaksir murid secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS merangkumi empat komponen iaitu PAJSK, PPsi, PBD dan Pentaksiran Pusat (PP), iaitu UPSR bagi murid Tahun Enam dan PT3 bagi murid Tingkatan 3.


Perlu difahami bahawa UPSR yang dilaksanakan sekarang bukannya satu-satunya pentaksiran yang mengukur prestasi murid selepas persekolahan selama enam tahun, tetapi UPSR kini merupakan salah satu daripada empat komponen PBS, justeru pelaporan bagi prestasi murid Tahun Enam perlulah merangkumi ke empat-empat komponen tersebut.


PPSR merangkumi 4 elemen penting di bawah. Klik untuk maklumat lanjut setiap elemen.

1. Pentaksiran Pusat (UPSR)
2. Penilaian Bilik Darjah (PBD)
3. PAJSK/SEGAK
4. PPSi

Fahami juga Pentaksiran Alternarif Sekolah Rendah (PASR)

Muat Turun Slide Pembentangan PPSR 2017


loading...

Google+ Followers