Thursday, 16 November 2017

Bayaran Gaji Penjawat Awam 2 Kali Sebulan Tidak Benar - KPPA

Tags


PUTRAJAYA 16 Nov.- Khabar angin kononnya kerajaan bakal melaksanakan amalan pembayaran gaji dua kali sebulan kepada penjawat awam dalam tempoh terdekat adalah tidak benar sama sekali.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, perkara itu hanya merupakan khabar angin dan penjawat awam perlu mendapatkan sumber yang tepat untuk sebarang berita.

"Gaji dua kali sebulan bukan di sini (Malaysia) itu di Brunei, saya tidak pernah dengar mengenai perkara itu. Untuk indahkan bahasa dan suasana kita jangan dengar sebarang khabar angin," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan eksklusif sebuah portal mengenai pembayaran gaji dua kali sebulan secara rintis kepada penjawat awam yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menurut portal tersebut, langkah itu perlu bagi membantu penjawat awam menguruskan perbelanjaan harian individu dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan dari kenaikan bahan api yang semakin meningkat.

Sumber -UTUSAN ONLINE
loading...

Google+ Followers