Wednesday, 15 November 2017

Ada yang ponteng kerja 2000 hari, tapi masih diberi peluang - Mahdzir

PUTRAJAYA: : Masalah keluarga, beban hutang dan beban tugas harian mengakibatkan terdapat dalam kalangan kakitangan awam yang tidak hadir bertugas selama 2,000 hari.

Justeru kerajaan menyarankan penjawat awam yang menghadapi sebarang masalah supaya merujuk kepada bahagian kaunseling yang disediakan di setiap jabatan.

Menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, penjawat awam terikat kepada integriti sebagai kakitangan awam dan mereka seharusnya mengelak dari dikenakan tindakan buang kerja.

"Ini cerita di sekolah pedalaman dan kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku hingga tidak hadir selama 2,000 hari waktu bekerja.

"Kita tidak tahu apa masalahnya hingga guru besar pujuk bertahun-tahun. Saya tidak kata guru... mungkin kerani, mungkin pembantu makmal.

"Kita ambil kira isu penjawat awam di kawasan pedalaman seperti terpaksa menaiki bot selama enam jam, menaiki kereta selama dua jam dan kemudian berjalan kaki selama empat jam dan saya tidak kata itu masalah yang dihadapi mereka," ujarnya selepas merasmikan Hari Integriti Kementerian Pendidikan di Putrajaya pada Selasa.

Tambah Mahdzir kementerian bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan drastik tanpa sebarang siasatan terperinci dibuat.

Sumber: Astro Awani


loading...

Google+ Followers