Sunday, 22 October 2017

Silibus pendidikan seks dalam Moral, Pendidikan Islam

Tags

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Kementerian Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Ma­syarakat mencadangkan agar silibus pendidikan seks dimasukkan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Moral atau Pendidikan Islam di sekolah.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, cadangan itu timbul apabila perbincangan mesyuarat turut menyentuh isu berkaitan keselamatan kanak-kanak terutamanya yang menjadi mangsa penderaan seksual.

“Selama ini anak-anak kita terlalu terdedah dengan maklumat di media sosial dan internet yang belum pasti kebenarannya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Rohani, selain isu berkaitan keselamatan kanak-kanak dan pendidikan seks, antara topik yang turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai keciciran kanak-kanak akibat dibuang sekolah dan isu sumbang mahram.

“Mesyuarat ini merupakan platform untuk ahli-ahli yang terdiri daripada pakar dalam bidang kanak-kanak, wakil agensi-agensi berkaitan serta dua orang ahli tetap Majlis Perwakilan Kanak-kanak Kebangsaan untuk berbincang serta mencari penyelesaian berkaitan isu semasa kanak-kanak di negara ini,” katanya.

Katanya, isu berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak khususnya di bawah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut dibincangkan.

Google+ Followers