Monday, 30 October 2017

Program Susu 1Malaysia diperluas ke sekolah menengah

Tags

MARANG 29 Okt. - Kementerian Pendidikan bercadang memperluaskan program Susu 1Malaysia ke sekolah-sekolah menengah di seluruh negara dan ia bakal dilaksanakan tahun depan

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan ketika memberi jaminan itu berkata, buat masa ini pihaknya bersedia mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pemimpin masyarakat setempat.

Bagi tujuan itu, jelasnya Kementerian Pendidikan sedang giat membuat penelitian berhubung kewajaran pelaksanaan program Susu 1Malaysia ke sekolah menengah termasuk melibatkan kos serta keperluan lain.

“Kita akan pertimbangkan cadangan perluaskan program Susu 1Malaysia ini ke sekolah menengah dan pelaksanaannya nanti adalah tertakluk kepada sumber kewangan waku itu.

“Jika semua berjalan lancar ia akan dilaksanakn secepat mungkin tapi bukan tahun ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Susu 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerong dekat sini hari jni.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A. Latiff Awang; Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Guri Besar SK Jerong, Salmah Abd. Rahman.

-UTUSAN ONLINE

Google+ Followers