Wednesday, 20 September 2017

STEM perlu diperkenalkan di prasekolah

Keratan akhbar daripada Berita Harian
Kuala Lumpur: Minat terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) perlu dipupuk lebih awal pada peringkat kanak-kanak dalam usaha melahirkan lebih ramai profesional cemerlang dalam bidang berkenaan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Datuk Pro. Dr Noraini Idris berkata, selain peranan guru pada peringkat prasekolah, ibu bapa turut bertanggungjawab dalam usaha mendekatkan generasi muda dengan sains dan matematik pada peringkat berkenaaan.

"Usia awal sejak lahir hingga lima tahun adalah masa terbaik untuk mengajar dan memupuk minat anak terhadap asas sains dan matematik.

"Pada usi ini kita perlu banyak berkomunikasi dengan mereka, dedahkan mengenai ilmu asas sains, fizik, dan biologi kerana menerusi cara ini juga dapat mengajar mereka berfikir secara kritikal."

Bacaan lanjut di Berita Harian.

Google+ Followers