Monday, 18 September 2017

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Naik Gred / Pangkat Kini Ditambah Baik


Satu garis panduan telah dikeluarkan oleh JPA melalui satu surat bertarikh 5 September 2017 kepada semua Ketua-Ketua Jabatan Kementerian dan Jabtan.

Surat berkenaan adalah untuk memaklumkan berkenaan Peraturan 44 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, mengeani penentuan gaji permulaan kenaikan pangkat telah DIPINDA melalui Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) (Pindaan) 2017 yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2017.

Penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat telah ditambah baik mengikut KAEDAH BAHARU iaitu

GAJI AKHIR di gred terdahulu hendaklah DITAMBAH dengah:-

(i) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) di gred kenaikan pangkat; atau
(ii) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) terakhir diterima di gred terdahulu, mengikut mana yang lebih tinggin, mulai tarikh kenaikan pangkatnya.

CONTOH PENETAPAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT / KENAIKAN GRED DG44:

Tarikh Pergerakan Gaji (TPG): 01 JULAI
Tarikh Naik Pangkat: 1 OGOS 2017

Gaji Akhir Diterima Pada 01 Julai 
RM2638.00 + KGT DG41 (RM225.00) = RM2863.00
(diberi pergerakan gaji dahulu pada 01 Julai)

01 Ogos 2017 Naik Pangkat / Naik Gred ke DG44
RM2863.00 + KGT DG44 (RM250.00) =RM3113.00

Apa beza dengan kaedah sebelum ini?

Konsep yang berubah.

Jika dahulu berlaku kenaikan pangkat  / kenaikan gred, penetapan gaji permulaan diberi atas gred yang sama, tahun berikutnya barulah diberi kenaikan gred naik pangkat yang sebenar. Namun begitu, perubahan kini dilakukan dengan memberikan KGT tahun semasa dan juga KGT kenaikan pangkat/gred pada tahun yang sama (bergantung kepada tarikh kenaikan gred / pangkat) bermula 1 Mei 2017.

Muat Turun:

Garis Panduan Pelaksanaan Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat

Sumber:

Jabatan Perkhidmatan Awam




Google+ Followers